Thursday, November 15, 2012

Tampalan hidup

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum/Hai!

SALAM MAAL HIJRAH, 1434H! :)

Rakan sebilik saya semasa belajar dulu, bakal bernikah bulan depan. Disebabkan majlisnya jauh nun di PT, saya hanya dapat mengirimkan hadiah yang tak seberapa ni kepadanya.

Hidup manusia dipenuhi berjuta tampalan kenangan (cewah!). Kenapa tampalan? Sebab kita tak  mungkin dapat menukilkan (perghh!) semua peristiwa dan pengalaman yang telah kita lalui, betul tak? Jadi, kita hanya mampu memilih sebahagian kehidupan kita untuk tatapan masa depan...

Ini hasilnya: PATCHES OF LIFE. Terima kasih kepada Katalog IKEA sebab dah jadi bahan untuk buat buku skrap ni,hehe...semoga FBI dapat memanfaatkan buku ni sebaiknya. Tulis, conteng, tampal, warnalah semahunya.

Dear FBI, congratulations! You've set your foot into a new life. :)

Behind the scene: Have your  own pillow talk (meraban je Cik Am).

 Ar-Rum: 21

 FBI, there's a secret message at the back of the envelope.

 Ucapan saya untuk FBI telah 'diasapkan', haha..

Ingat lagi Windows to the World? :)

Wassalam.

Wednesday, October 03, 2012

Project: Reuse. Go green.

Assalamualaikum.

"Bumi semakin tenat." Kita dah biasa dengar, kan? Tapi apa tindakan kita? Should we just sitting here: wait and see?

The concrete is agressively "loading", to replace our green scenery. We've got lack of that calm places, especially in this urban area. That frighten me out (and the activist, of course) somehow.

Keluarga saya mengamalkan kitar semula. Dulu masa belajar kat U pun saya akan suruh kawan-kawan saya kumpulkan kertas-kertas assignment, nota dan exam kat saya untuk dijual (sebab diorang pun nak bawa balik kampung memang satu lori pun tak muat la..).

Jadi, saya pun meluangkan sedikit masa saya untuk make over buku-buku lama... Sebab kalau tengok, buku-buku ni elok cuma bila tengok lagi sekali rasa nak buang pun ada,hehe.. To avoid that kinda feeling, saya pun guna semua bahan-bahan yang saya rasa nak buang tapi sayang (entah apa-apa).




Projek I. Bahan-bahan (wahh, macam nak masak pulak): buku log lama, pembalut hadiah yang dah berkedut-kedut, reben dari bunga telur, apa-apa lagi yang sepatutnya. Lepas tu, buat la sesuka hati, asalkan buku tu nampak elok sikit.

Gambar selepas make over dah broken. Nanti saya tangkap gambar baru untuk letak kat sini. Tu je, wassalam.

Gembira-graduasi ;)

Cik Atikah buat pesanan lebih kurang seminggu sebelum dia nak. Saya ok je sebab soalan peperiksaan dah siap, PBS tu tak tau dah nak kata (tapi stress oo..), koko pun tinggal tunggu cikgu-cikgi hantar fail dengan markah..Tup-tup kena pergi kursus VLE-FROG (yang saya tau, frog=katak, haha) 2 hari.
Kelam-kabut sebab plan nak pos hari Jumaat. Kursus pun mula Jumaat. Oh, tahniahlah, Cikgu Am! Tapi alhamdulillah, kad ni berjaya diposkan. Thanks, sis! :)




FY005
10.5 cm x 15 cm
Happy for you. Graduation day.

Request by Nurul Atikah. TQ!
Dipos pada 280912

Perkahwinan kawan-kawannya..

UP 014-016
Selamat Pengantin Baru

Request by Nor Asniza. TQ!
Diberi pada 150812


am's: Bertungkus-lumus buat dalam masa beberapa jam sebelum keluar jalan-jalan kat Jalan TAR (sebab Cik Miza order lambat tapi nak cepat, heheh). Jadi, saya tak buat sampul, tapi saya gantikan dengan pattern paper dan transparent card sebagai "pembalut" kad. :)

Tuesday, October 02, 2012

Indah hidup dengan-Mu :)


Devotees - Tika Dinihari
:)

Oh, Tuhanku
tiada indah di malam yang dingin
melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
tiada indah suatu hari yang aku lalui
kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh, Tuhanku
tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan-Mu

Ya Allah, Tuhanku
yang merubah kalbu
tetapkanlah hatiku
moga sentiasa dalam agama-Mu
jua taat akan perintahmu

Tuhan, 
usah bebankan kami 
dengan bebanan yang berat
seperti yang pernah Kau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan, 
jangan pikulkan kami
yang tidak kami terdaya
maafkan salah kesilapan
ampunkanlah dosa-dosa
rahmatilah kami

Saturday, August 11, 2012

Boh Teha & Syahir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum/Hai!

22 Ramadhan 1433H on 1513
Combining pink and blue:almost made me insane! (berlakon je Am tu...)

Lepas tu hantar binding, cik staf tu sesuka hati je buka reben yang i dah tampal!!! Tang ni memang really made me insane...lepas binding,terpaksa buat semula bahagian reben dengan kertas doily tu..huhu. Sampai rasa tak nak mengajar hari tu, eager nak betulkan semula. Luckily, i can control myself. Settle.

 G005
Saiz A4: Mounting board pink
100 helai kertas A4 pink dan biru dengan initial pada setiap helai kertas
Nurul Fateha Alias & Ahmad Syahir Abdul Razak

Terima kasih dan tahniah! I'll step my foot on Ganu...hehe :)

Friday, August 10, 2012

Long silence...

Assalamualaikum/Hi!
It's been quiet a long silence since my previous post. Here is the "pending-post" of two wedding guest books.


G003
Liyana Izdihar & Mohd Idham
18 Mac 2012

G004
Syahid & Zira
2 & 9 Jun 2012

Terima kasih, daun keladi. Tahniah! :)

Sunday, March 04, 2012

Hakikat Bahagia


Sekadar berkongsi (tiada kaitan dengan handmade card ye,hehe).sharing is caring...bukankah Tuhan telah berfirman: "Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) jiwa akan menjadi tenang."
  QS Ar-Rad:28
.

4U [v.2]


FY004
10.5 cm x 15 cm
Ungu
"Just for you, my LOVE."

.: Request by Hidayah Romeli. Thanks! :.
>> diberi pada 291212 <<

Ammar's 1st birthday


HJ021
12 cm x 19 cm
Biru firus

.: Request by Kak Rohayu. Thanks! :.
>> diberi pada 290212 <<