Tuesday, November 05, 2013

Jurnal Hijrah: Impian dan Harapan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum/Salam sejahtera.


1 Muharram 1432H.

3 tahun hijrah yang lepas, saya mula blogging dengan blog ni. Sebenarnya saja2 je. Masa tu niat untuk jadikan blog ni tempat mengumpul hasil kreativiti (kreatif le sangattt..) dan meniaga kraf yang tak seberapa ni. Jurnal kraf la kononnya. Pernah la dalam 3 tahun ni rasa nak buat blog baru..rasa nak deactivate.. Sebab? Banyak faktornya. Mostly negative factors such as:
  1. Blog ni jarang saya kemaskini sebab tak banyak pun produk yang saya buat. Ikut masa lapang dan tempahan je. Hihi ;)
  2. Pengikut? Alahai..ada la 29 orang.. Tapi lama2 tu dah tak peduli pasal follower. BTW, jutaan terima kasih kepada yang follow saya. (^_^)v
  3. Saya kekurangan craft equipment. Jadi ada banyak yang saya nak buat, tapi tak mampu dengan kekangan ni.
  4. hmmm...cukup la 3 ek...huhu
Nak! Sekarang dah order kreaxions machine, tapi macam menyesal pulak sebab banyak dies tak compatible (berdasarkan preview crafter lain)..huhuhu...

Tapi akhirnya saya masih sayang dengan blog ni. Lebih2 lagi tatkala memikirkan hidup ini bukan untuk dipuji dan dilambung tinggi! (Aikk...apa kaitannya?? Dah kau tak fofular..terima je la..) Ok, blog saya kurang pengikut. Blog saya bukan hits dan hot. Tapi saya tetap sayang. Itu je. Saya ok. (Meraban ke laut.) Dan saya sedar begitu ramai rupa-rupanya penggiat2 kraf, peniaga2 kraf yang lebih tegar dari saya di luar sana! (Hi, crafters! :))

1 Muharram 1435H

Dan hari ni telahpun masuk tahun baru. Maghrib nanti dah 2 Muharram. Masih banyak impian, cita-cita, harapan dan angan-angan (bezakah?) yang masih belum tercapai. Saya banyak memikirkan apa yang saya mahu, perlu dan mampu. Saya tahu, kalaupun saya senaraikan di sini, tak ada siapa yang peduli. Tapi saya nak tulis jugekkk!! Haha.. :D

Untuk diri sendiri, ada banyak yang saya mahu di usia begini (wah..gitu!).
  1. Membina keluarga sendiri. (Haa..kasi panas line.. tapi doakan la saya ye,hihi..)
  2. Menunaikan umrah (Atau haji terus, memandangkan wang, kudrat, dan usia adalah faktor utama).
  3. Beli rumah.
  4. Melancong ke negara2 pilihan (hmmmm...sambil berangan lagi).
  5. Beli perkakas kraf untuk membaiki skill and quality (inventions can incredibly help us a lot. Yes, a lot).
  6. Nak ada gerai/kedai kraf sendiri (buat produk kraf macam biasa tapi nak supply craft items jugak).
  7. I want to run an event for my students: A simple paper craft class!
Secara fizikal dan duniawinya, itulah kemahuan saya. Saya nak beli creative shaper, dies, embossing folders dan banyak lagi. Tapi apa nilai semua tu kalau jiwa kosong kan? (cewah..).

Untuk pengisian rohani, ada la kadang2 tu teringin sangat nak join bulatan gembira dan semua islamic talk/programs. Bulatan gembira?? Ok, usrah sebenarnya. Saya rasa antara penyebab jauhnya saya dengan benda2 baik dan ibadah adalah sebab kurangnya peringatan. Well, very depending on FB posts, tv programs and radios.

Amin. :)

Masalahnya, kalau radio tu...balik2 buka Hot fm, U fm, Sinar fm..sekali-sekala je bukak Ikim.fm, Mathurat dan ayat Quran. Sama la dengan tv, balik2 tengok CSI. Program agama? Pilih yang gemor aje.. Forum Perdana, al-Kuliyyah, Malam Cinta Rasul yang sekali-sekala tu.. Acaner??

Dan saya harap saya dapat membaca al-Quran lebih kerap walaupun 1 muka surat. Juga dapat kembali membaca al-Mathurat dan solat Dhuha macam zaman study dulu. Fuhh..amin.. (bukan tunjuk baik, tapi ini untuk peringatan diri sendiri! Dulu ada member buat, jadi rasa terpanggil. Sekarang?? Go, cik am, go!) Mari dengar lagu yang best ni!

Nowseeheart: Hijrah ;'(

Jadi..hmm, cukup la setakat ni je meraban dengan angan2. Sebenarnya, nak meraban lagi, tapi ada orang datang. Kalau nak tempah kad ke guestbook ke...jangan segan2 ye.

FB: Amanah Akhasan

emel: 
  • armme582@gmail.com
  • akhasanab@yes.my
Doakan saya ye! Salam maal hijrah!



No comments: